Bangi: Kerangka "Sumud Protocol" diharapkan dapat menarik minat rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk bergabung tenaga memperkukuh gerakan pembebasan Palestin, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

Beliau berkata kerangka itu dibuat bagi menterjemahkan solidariti terhadap Palestin kepada tindakan lebih tersusun menerusi penglibatan pelbagai pihak termasuk media, mahasiswa dan ahli politik merentas parti.

"Jadi, perkara yang dilakukan pada hari ini ialah satu kemuncak kepada susun atur baharu dengan 250 delegasi dari 43 negara hadir berkampung di Kuala Lumpur dan kita menjadi tuan rumah untuk melihat bagaimana tindakan ini … gelombang ini dapat diletakkan dalam satu kerangka yang kita namakan sebagai 'Sumud Protocol'.