Petaling Jaya : Penyanyi Ara Johari, 29, menyifatkan kemelut yang berlaku di media sosial membabitkan netizen dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang hangat ketika ini lebih ke arah tindakan individu sahaja.
Ara atau nama sebenar, Nurfarrah Izzatie Johari, berkata dia yang pernah bekerjasama dengan komposer dari negara jiran itu dalam penghasilan lagu memang mendapat pengalaman baik.
"Nak cakap fasal kemelut (di media sosial), bagi saya adalah individu itu sendiri. Macam Ara sendiri yang ada juga pengalaman bekerja dengan komposer Indonesia, itu profesional.
"Tetapi kalau ada yang kritik Malaysia, benda itu adalah individu sahaja. Mungkin ada orang (Indonesia) yang tidak sampai hati pun nak cakap sesuatu benda itu.









