Tamparuli: Dakwaan tular menerusi aplikasi WhatsApp bahawa Jambatan Low Level Crossing (LL) Tamparuli tidak selamat digunakan adalah tidak tepat.
Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Dr Bonaventure Boniface, berkata jambatan berkenaan boleh digunakan semula selepas kerja pembersihan selesai dilaksanakan dan keadaan air sungai kembali reda.
Beliau berkata keadaan laluan itu sebelum ini agak kotor susulan aliran deras sungai yang berlaku baru-baru ini.
"Bagaimanapun, pihak Globinaco sudah mengambil tindakan dengan melaksanakan kerja pembersihan di kawasan terbabit," menurut kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook beliau.









