KUALA LUMPUR - Golongan muda berusia 30 tahun dan ke bawah mencatatkan sejumlah 65.9 juta transaksi skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) bernilai RM5.4 bilion pada separuh pertama 2026 yang merangkumi 37.9 peratus daripada jumlah penggunaan BNPL di Malaysia.Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan jumlah transaksi BNPL di Malaysia bagi tempoh itu ialah 173.9 juta yang bernilai RM14.7 bilion dengan golongan muda menyumbang 36.7 peratus daripada nilai keseluruhan transaksi.Setakat 30 Jun 2026, baki terkumpul pembiayaan BNPL bagi golongan muda berjumlah RM2.4 bilion, manakala pembiayaan tidak berbayar ialah RM96.8 juta atau 4.0 peratus daripada baki terkumpul.Kenyataan MoF itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Dr Alias Razak (Kuala Nerus-PN) mengenai langkah Suruhanjaya Kredit Pengguna melindungi golongan muda daripada keberhutangan berlebihan melalui BNPL, termasuk penilaian keseluruhan komitmen kredit pengguna.- Bernama
BNPL: Golongan muda catat 65.9 juta transaksi bernilai RM5.4 bilion

Key takeaways
Golongan muda di Malaysia mencatat 65.9 juta transaksi BNPL bernilai RM5.4 bilion pada separuh pertama 2026.
- Golongan muda menyumbang 37.9 peratus daripada penggunaan BNPL di Malaysia.
- Jumlah transaksi BNPL keseluruhan ialah 173.9 juta bernilai RM14.7 bilion.
- Baki terkumpul pembiayaan BNPL golongan muda ialah RM2.4 bilion pada 30 Jun 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Golongan muda tidak perlu tunggu jawatan untuk memimpin
- Utusan Malaysia JustGO rekod lebih tiga juta transaksi pembayaran tol
- Sinar Harian BNPL: Golongan muda catat 65.9 juta transaksi bernilai RM5.4 bilion (this story)








