Formula 1 Grand Prix Bahrain yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Okt, menarik kira-kira 261,000 peminat sepanjang perlumbaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini menjana impak ekonomi hampir RM950 juta, menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Memetik angka daripada Formula 1 Management, Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari, berkata acara pada 2 hingga 4 Okt itu menarik kira-kira 261,000 peminat, termasuk dianggarkan 103,000 penonton pada hari perlumbaan, selain ditonton 827 juta penonton di seluruh dunia.

Beliau berkata lebih 97,000 tiket terjual, manakala lebih 50,000 pelancong antarabangsa dan kira-kira 5,000 pekerja asing datang ke Malaysia sempena acara itu.