austin@nst.com.my

Putrajaya: Seramai 155 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama 12 aset digerakkan bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta operasi menyelamat sepanjang penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang bermula hari ini hingga Ahad.

Penugasan itu membabitkan tempoh tiga hari dengan anggota dan aset ditempatkan di lokasi strategik bagi memastikan sebarang kecemasan dapat ditangani dengan pantas dan berkesan.

JBPM dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan antara aset yang digerakkan ialah sebuah Fire Rescue Tender (FRT), dua Compact Fire Rescue Tender (CFRT), sebuah lori tangki air berkapasiti 10,000 liter, tiga ambulans unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta empat bas jabatan.