am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 40 usahawan mikro tempatan diberi peluang berniaga di Litar Rasa MADANI, G Hillstand sempena Formula 1 Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 di Sepang tanpa dikenakan sewa tapak dan komisen jualan serta mengurangkan kos untuk mereka menyertai acara bertaraf antarabangsa itu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata, kadar sewa komersial di G Hillstand bagi tempoh tiga hari melebihi RM6,000, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST), selain komisen 15 peratus daripada jumlah jualan kasar.

Bagaimanapun, katanya, 40 usahawan yang menyertai Litar Rasa MADANI tidak perlu menanggung kos berkenaan dan hanya membayar RM180 bagi lesen perniagaan kepada Majlis Perbandaran Sepang.