KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark selepas menewaskan pasangan Sepanyol, Ruben Garcia-Lucia Rodriguez, hari ini.
Pasangan ranking ke-51 dunia itu mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-16 dalam aksi pusingan pertama di Arena SJF Bank, Odense.
Kemenangan itu membolehkan Pang Ron-Pei Jing memperbaiki pencapaian selepas tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Artik di Finland, minggu lalu.
Pang Ron-Pei Jing sebelum ini membuktikan kemampuan mereka apabila muncul naib juara Masters China bulan lalu, pencapaian terbaik sejak digandingkan pada Mac lalu.









