MUMBAI – Industri perfileman India diselubungi kesedihan apabila pelakon veteran, Nana Patekar meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan jantung, hari ini.

Nana atau nama sebenarnya Vishwanath Patekar dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Goa sebelum dikejarkan ke hospital. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut doktor bertugas, biarpun bantuan CPR diberikan selama 45 minit, namun Nana tidak dapat diselamatkan.

Pemergian aktor itu sekali gus menutup perjalanan seni hampir lima dekad yang menyaksikan dia mencipta nama sebagai antara pelakon paling berpengaruh dalam industri perfileman di India.

Nana memulakan karier seninya sebagai pelakon teater sebelum membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Gaman pada 1978.