PELAWAK dan pelakon, Gbob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim meninggal dunia pada Ahad.Allahyarham yang berusia 40 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke Hospital Selayang.Berita pemergian Allahyarham disahkan ahli keluarga dan dikongsikan rakan seperjuangannya, Amir Raja Lawak menerusi hantaran di Facebook.Amir dalam hantaran tersebut memaklumkan berita berkenaan sebagai satu kehilangan besar khususnya rakan-rakan daripada program Raja Lawak."Berita sedih buat pelawak Malaysia terutama geng Raja Lawak."Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kami Gbob Raja Lawak telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi," katanya.Jenazah Allahyarhan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah 3, Kampung Melayu Kepong di sini.Sebelum ini, Gbob dilaporkan dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di kepala pada 6 Mac 2020,Allahyarham Gbob pernah menyertai program Maharaja Lawak Mega 2019 menerusi kumpulan ON X ON dan berlakon dalam pelbagai filem antaranya Operasi X, Menantu Material dan Strawberi Cinta.
Gbob Raja Lawak meninggal dunia

Key takeaways
Gbob Raja Lawak, a 40-year-old comedian and actor, died on Sunday after being admitted to Hospital Selayang.
- Gbob Raja Lawak's death was confirmed by his family and friend Amir Raja Lawak on Facebook.
- Gbob Raja Lawak was buried at Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah 3 in Kampung Melayu Kepong.
- Gbob Raja Lawak participated in Maharaja Lawak Mega 2019 with the group ON X ON.
- Gbob Raja Lawak acted in films including Operasi X, Menantu Material, and Strawberi Cinta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Mangsa kemalangan belum tahu kakak, adik meninggal dunia
- Free Malaysia Today Bapa doktor saman kerajaan berkait kematian anak meninggal dunia
- Free Malaysia Today Pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di sekolah di Yong Peng
- Sinar Harian Gbob Raja Lawak meninggal dunia (this story)







