KUALA LUMPUR: Jenazah pelawak dan pelakon, Gbob Raja Lawak yang meninggal dunia, pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah 3, Kampung Melayu Kepong di sini, selepas solat Asar, petang tadi.
Ibunya, Hayati Abdul berkata, Gbob atau nama sebenar, Muhammad Hamizi Hashim, 40, terkena sawan sehingga terjatuh dan mengalami pendarahan di kepala sebelah kanan sejak 10 hari lalu.
"Along (Gbob) kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang dan menghembuskan nafas akhir pada jam 10 pagi tadi dalam keadaan yang baik.
"Dia sebenarnya pernah mengalami pendarahan otak sebelah kiri pada 2019 menyebabkannya mengalami strok dan dengan izin Allah SWT, keadaan kesihatannya beransur-ansur pulih.








