Timbalan Ketua Polis Johor, Hoo Chuan Huat berkata, polis masih mengumpulkan fakta serta maklumat tepat berhubung kejadian itu dan terlalu awal untuk mengesahkan sebarang spekulasi yang sedang berlegar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Yong Peng di Batu Pahat, Johor petang semalam.

Pelajar Tingkatan Empat itu dilaporkan ditemui neneknya yang datang ke sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang selepas menghadiri kelas bimbangan, lapor Harian Metro.

Difahamkan, pelajar itu ditemui dalam keadaan terbaring dan lemah di kawasan dewan sekolah selain terdapat kesan darah kering pada badan mangsa.