KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara di sini.Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.Turut berangkat ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berangkat sama, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. Mesyuarat itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam; Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir bersama Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan Timbalan Premier Sarawak. - Bernama
Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Key takeaways
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara.
- Sultan Ibrahim berangkat ke mesyuarat bersama raja dan pemangku raja negeri.
- Raja Perlis, Sultan Selangor, Sultan Kedah, dan Sultan Pahang turut hadir.
- Para Yang di-Pertua Negeri juga hadir dalam mesyuarat tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Kosmo , Malaysiakini (BM) , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Agong berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273
- Sinar Harian Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja (this story)
- Malaysiakini (BM) Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja









