NILAI: Kastam merampas 1,194.56 kilogram pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM161 juta dalam empat serbuan berbeza dalam tempoh dua minggu.

Agensi itu mengesan pelbagai taktik digunakan sindiket penyeludupan dadah sama ada untuk membawa masuk atau keluar bahan larangan itu dengan meninggalkan dadah di kawasan perkuburan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Amran Ahmad, berkata kes pertama membabitkan pemeriksaan ke atas 16 kotak diikrar dagangan sebagai 'Non-Dangerous Goods' di

Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 26 September lalu.