Nilai: Jabatan Kastam Diraja (Kastam) merampas 1,194.56 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM161 juta dalam empat serbuan berbeza dalam tempoh dua minggu.

Agensi itu mengesan pelbagai taktik digunakan sindiket penyeludupan dadah sama ada untuk membawa masuk atau keluar bahan larangan itu termasuk dengan meninggalkan dadah di kawasan perkuburan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Amran Ahmad berkata, kes pertama membabitkan pemeriksaan ke atas 16 kotak yang diikrar dagangan sebagai 'Non-Dangerous Goods' di KLIA, Sepang, Selangor, 26 September lalu.

"Hasil pemeriksaan mendapati empat kotak berisi alat ganti kenderaan manakala 12 kotak lagi mengandungi 285 bungkusan plastik yang mengandungi serbuk kristal berwarna putih disyaki dadah jenis Methamphetamine dianggarkan seberat 293.60 kg dan dianggarkan bernilai lebih RM14 juta.