Kuala Lumpur: Selepas hampir seminggu mendiamkan diri, pelawak dan usahawan, Shuib tampil memohon maaf kepada bekas rakan sekumpulan, Jep berhubung kontroversi serta kemelut antara mereka.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, menerusi hantaran video di media sosial hari ini, berkata dia menerima kecaman daripada orang ramai sejak hantaran yang dimuat naik oleh Jep pada 8 Oktober lalu.

"Hampir seminggu saya mendiamkan diri tanpa memberikan apa-apa kenyataan tentang apa yang berlaku antara saya dan Jep.

"Dari hari pertama kenyataan Jep dikeluarkan sampailah ke hari ini, saya kira saya lalu satu tempoh yang sangat sukar. Saya diperli, dimaki, dihina dan dikecam.