Kuala Lumpur: SME Corp Malaysia memperkukuh usaha membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menembusi pasaran antarabangsa menerusi kerjasama strategik dengan Uzbekistan bagi membuka peluang perniagaan baharu di rantau Asia Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, kerjasama itu akan membolehkan PMKS tempatan meneroka peluang pasaran baharu, membina rangkaian perniagaan dan mengenal pasti potensi kerjasama dengan rakan strategik di Uzbekistan.

Kerjasama itu dimeterai menerusi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SME Corp Malaysia dengan Entrepreneurship Development Company (EDC) Uzbekistan yang disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, pada Persidangan Eksport Enterprise 50 (E50), di sini, hari ini.