Kuala Lumpur: Pelawak, Jep Sepahtu, 41, mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya yang dilemparkan oleh pelawak yang juga usahawan, Shuib.

Menerusi hantarannya di Threads, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, yang turut memohon maaf kepada Shuib berkata, tindakan itu diambil selepas mendapat nasihat daripada peguamnya.

Menurut Jep, tindakan berkenaan sudah dilakukan sebelum Shuib memuat naik video permohonan maaf kepadanya di media sosial, hari ini.

"Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.