Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Oktober untuk mendengar permohonan komital terhadap seorang lelaki yang didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah supaya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar.

Permohonan itu difailkan usahawan fesyen, Christy Ng dan syarikatnya Christy Ng Sdn Bhd, selaku plaintif terhadap J Vikneshvra Rau sebagai defendan.

Ia susulan dakwaan bahawa Vikneshvra gagal menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat satu halaman penuh dalam akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris seperti diarahkan mahkamah.

Menurut kenyataan media Tetuan Foong Cheng Leong & Co, kes itu berpunca daripada kenyataan yang diterbitkan Vikneshvra menerusi akaun Threads miliknya, 'archnionverse', pada 4 November 2025.