KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Isnin depan untuk mendengar permohonan komital terhadap seorang lelaki yang didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah supaya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar kerana memfitnah pereka fesyen, Christy Ng.Christy Ng selaku plaintif dan syarikatnya, Christy Ng Sdn Bhd memfailkan permohonan itu terhadap J Vikneshvra Rau susulan kegagalan lelaki itu menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris.Berdasarkan kenyataan media oleh Tetuan Foong Cheng Leong & Co, tindakan itu berpunca daripada kenyataan yang diterbitkan Vikneshvra menerusi akaun Threads miliknya, 'archnionverse', pada 4 November 2025, yang mendapat sekurang-kurangnya 655,000 tontonan.Pada 13 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penghakiman ingkar kehadiran terhadap Vikneshvra dan memberikan beberapa perintah, termasuk menghalangnya daripada menerbitkan kenyataan berunsur fitnah selanjutnya serta mengarahkannya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar dan akaun media sosialnya.Walaupun Vikneshvra menerbitkan permohonan maaf menerusi akaun Threads pada 19 Mac lalu, dia didakwa masih gagal menyiarkan permohonan maaf seperti diperintahkan mahkamah dalam akhbar pilihan.Pada 25 Jun lalu, mahkamah turut memerintahkan Vikneshvra membayar ganti rugi berjumlah RM180,000 kepada plaintif.Pada 15 September, mahkamah memberikan kebenaran kepada Christy dan syarikatnya untuk memulakan prosiding komital terhadap Vikneshvra atas dakwaan menghina mahkamah susulan kegagalannya mematuhi perintah berkenaan.Plaintif mendakwa kegagalan berterusan itu menunjukkan ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah.Bagaimanapun, mahkamah belum memutuskan sama ada Vikneshvra bersalah atas dakwaan menghina mahkamah itu.Plaintif diwakili peguam, Foong Cheng Leong dan Rachel Tan Li Ying daripada Tetuan Foong Cheng Leong & Co.
Gagal siar permohonan maaf di akhbar, Christy Ng mohon komital

Key points
- KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Isnin depan untuk mendengar permohonan komital terhadap seorang lelaki yang didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah supaya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar kerana memfitnah pereka fesyen, Christy Ng.
- Christy Ng selaku plaintif dan syarikatnya, Christy Ng Sdn Bhd memfailkan permohonan itu terhadap J Vikneshvra Rau susulan kegagalan lelaki itu menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris.
- Walaupun Vikneshvra menerbitkan permohonan maaf menerusi akaun Threads pada 19 Mac lalu, dia didakwa masih gagal menyiarkan permohonan maaf seperti diperintahkan mahkamah dalam akhbar pilihan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Gagal siar permohonan maaf di akhbar, Christy Ng mohon komital (this story)







