KUALA LUMPUR: Hampir 88 peratus projek pembuatan yang diluluskan di Selangor antara 2021 hingga Jun 2026 mula dilaksanakan daripada peringkat pembinaan hinggalah kepada pengeluaran, setakat 13 Oktober 2026, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, berkata angka bagi peringkat kebangsaan lebih kurang sama iaitu sedikit melebihi 88 peratus daripada 5,822 projek, manakala bagi projek yang diluluskan antara 2021 dan 2024, lebih daripada 90 peratus telahpun bermula.

"Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang dipercayai. Tiga penarafan terkini turut memberikan gambaran yang sama. Pertama, Indeks Pembuatan Asia 2026 meletakkan Malaysia di tempat kedua di Asia, di belakang China, yang merupakan kedudukan tertinggi kita setakat ini.