KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan berhubung operasi sekolah ketika negara berdepan masalah jerebu.

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, langkah itu selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesihatan murid susulan jerebu yang melanda.

"Kita pilih untuk lebih berhati-hati (buat sebarang keputusan) sebab yang kita hendak jaga ini adalah anak-anak kita sendiri.

"Saya baca ramai yang tanya, kenapa sebelum ini sekolah ditutup apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) masih rendah, sekarang kena tunggu sampai 200 pula?