Ipoh: Semua sekolah di negeri Perak akan terus beroperasi seperti biasa esok, namun ibu bapa diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang aspek kesihatan berikutan keadaan jerebu semasa.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bagaimanapun ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran anak mereka kepada pihak sekolah.

Menurut kenyataan itu, murid yang hadir ke sekolah juga digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu.

"JPN Perak sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah.