Johor Bahru: Siapa sangka, di sebalik kekurangan dan cabaran yang dihadapi, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Batu Pahat berjaya melakar sejarah apabila meraih pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Robotik Asia Tenggara - Kontes Robot Nusantara (KRON) 2026 Peringkat Antarabangsa di Indonesia, baru-baru ini.
Kejayaan cemerlang Azizul Haziq Muhamad Haire, 12, membuktikan bahawa status Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah penghalang untuk bersaing dan berdiri sama tinggi dengan murid aliran perdana.
Menyertai kejohanan dwi-tahunan kali ke-12 bagi sekolah rendah dan menengah itu, Azizul Haziq yang mempunyai masalah pembelajaran dan disleksia itu menjadi satu-satunya peserta MBPK yang bertanding di pentas antarabangsa berkenaan.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F06%2Fa8195b7191d47d94809f838856f4bfc6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)