PUTRAJAYA – Persiapan dan perancangan awal untuk Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) seterusnya boleh digerakkan dari sekarang, sekali gus meneruskan kecemerlangan dicipta semasa MAHA 2026 baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sehubungan itu, penambahbaikan dikemukakan semasa post mortem (bedah siasat) wajar diteliti kesesuaian pelaksanaan terutama jika ia melibatkan kos kewangan.

“Tapak penganjuran MAHA juga wajar ditingkatkan kesediaan supaya ia dapat beroperasi pada tahap yang optimum. Keupayaan MARDICorp untuk menjana hasil