ABUJA – Seorang tukang jahit di Nigeria, Abdulkadir Hassan menyempurnakan cabaran menjahit selama 120 jam tanpa henti untuk mencipta nama dalam Guinness World Records kategori maraton menjahit paling lama, lapor Nigerian Tribune.

Abdulkadir menjahit tanpa henti selama lima hari berturut-turut, sekali gus mencuri tumpuan orang ramai dan pengguna media sosial yang mengikuti cabaran ketahanan luar biasa itu.

Menerusi rakaman video tular di media sosial, dia meraikan kejayaan dengan memanjat doa kesyukuran, diiringi sorakan gemuruh daripada para penyokongnya..

Abdulkadir turut mendedikasikan usaha itu bagi membantu golongan kurang bernasib baik dengan menghasilkan pakaian seragam sekolah percuma untuk kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.