Ketua Polis Perak Alwi Zainal Abidin menasihatkan orang ramai terutamanya pengguna mata wang kripto dan dompet digital, supaya sentiasa berwaspada terhadap cubaan 'phishing' atau pancingan data serta penipuan dalam talian.PETALING JAYA: Seorang lelaki kerugian RM12.47 juta selepas aset mata wang kripto dipindahkan keluar daripada dompet digital miliknya tanpa pengetahuan atau kebenarannya.

Ketua Polis Perak, Alwi Zainal Abidin, mangsa berusia 38 tahun itu menyedari kejadian terbabit pada 1 tengah hari semalam ketika berada di Teluk Intan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati transaksi berkenaan membabitkan pemindahan aset mata wang kripto menerusi rangkaian blok.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak yang terbabit serta mengesan transaksi berkenaan dengan bantuan Unit Mata Wang Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.