SHAH ALAM - "Sudah 37 hari berlalu tanpa sebarang khabar daripada adik kami, Haziq."Demikian luahan Nurizzati Ismail mengenai adiknya, Muhammad Haziq Ismail, 36, antara 54 rakyat Malaysia masih hilang susulan bencana banjir di Nepal.Menerusi hantaran di Threads, wanita itu mengenang adiknya sebagai seorang yang pintar, ceria, suka mengusik ahli keluarga serta mempunyai banyak impian yang ingin dicapai."Dari dulu selalu bercerita dan manifest pada semua orang yang dia nak jadi seorang businessman (ahli perniagaan) berjaya."Bidang yang agak 'rare' (jarang diteroka) jugak. Haziq 'explore' perniagaan dalam bidang teknologi bawah laut. Setiap hari kurang tidur berusaha dalam perniagaan," katanya.Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Haziq merupakan antara sembilan rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ketika dalam perjalanan menuju ke sempadan Rasuwagadhi-Kerung, Nepal.Kesemua mereka dilaporkan bertolak dari Kathmandu dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda sebelum gagal dihubungi ketika berada kira-kira 18 kilometer dari sempadan Nepal-Tibet.Nama Muhammad Haziq turut tersenarai antara 51 rakyat Malaysia yang dilaporkan terputus hubungan selepas bencana berkenaan.Dalam hantaran sama, Nurizzati turut memohon orang ramai menitipkan doa buat Muhammad aziq dan keluarganya agar mereka mendapat jawapan mengenai keberadaan adiknya itu."Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya mohon titipkan doa buat Haziq dan kami sekeluarga agar kami menemui jawapan atas segala doa yang dipanjatkan," ujarnya."Sudah 37 hari berlalu tanpa sebarang khabar daripada adik kami, Haziq. Kami akan terus mengingati adik yang seorang ini," katanya.