am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Sudah 37 hari berlalu tanpa sebarang khabar daripada adik kami, Haziq."
Demikian luahan Nurizzati Ismail mengenai adiknya, Muhammad Haziq Ismail, 36, antara 54 rakyat Malaysia masih hilang susulan bencana banjir di Nepal.
Menerusi hantaran di Threads hari ini, Nurizzati mengenang adiknya sebagai seorang yang pintar, ceria, suka mengusik ahli keluarga serta mempunyai banyak impian yang ingin dicapai.
Katanya, sejak dulu, Haziq bercita-cita mahu menjadi ahli perniagaan berjaya dan memilih bidang teknologi bawah laut sebagai cabang perniagaan yang mahu diterokainya.






