PETALING JAYA – “Anak saya nak masuk asrama saja untuk tingkatan satu, bukan nak minta kerja bidang kejuruteraan tahun depan.”
Itu antara luahan seorang wanita mengenai tahap kesukaran soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang mencetuskan perbincangan dalam kalangan ibu bapa di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, pengguna @cikkalofa_ecvi secara berseloroh menyifatkan soalan peperiksaan berkenaan sebagai terlalu sukar untuk calon yang masih bersekolah rendah.
“Soalan peperiksaan PKSK ini memang hebat tahap teruk. Anak saya nak masuk asrama saja untuk Tingkatan Satu, bukan na









