JELI: Malaysia merancang mengadakan misi perdagangan ke Kenya bagi membuka laluan lebih luas kepada eksport minyak sawit ke pasaran Afrika, sekali gus memperkukuh kedudukan industri komoditi negara itu di peringkat antarabangsa.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, Kenya berpotensi menjadi pintu masuk strategik bagi menembusi pasaran benua itu, selaras dengan usaha pihaknya memperluas permintaan terhadap komoditi tempatan.
“Kenya itu adalah pintu masuk kepada Afrika dan insya-Allah misi perdagangan akan kita laksanakan ke Kenya selepas ini.
“Selain meneroka pasaran baharu di Afrika, kementerian turut memberi perhatian kepada usaha meningkatkan permintaan terhadap minyak sawit Malaysia di India, yang merupakan antara pasaran utama industri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Industri Asas Tani (AGX) 2026 di Universiti Malaysia Kelantan di sini hari ini.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Foppo1_373469.png&w=480&output=webp&q=85&we)

