GEORGWTOWN: Seorang penuntut wanita maut dipercayai terjatuh dari bangunan asrama di Universiti Sains Malaysia (USM) di Gelugor di sini, hari ini.

Mangsa berusia 21 tahun ditemui dalam keadaan terlentang oleh petugas kebersihan di atas lantai simen blok asrama berkenaan pada jam 7.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang penuntut wanita warga tempatan yang tinggal di asrama berkenaan.

"Mangsa disyaki jatuh dari bangunan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.