KUALA LUMPUR: Harapan melihat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta kejayaan di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 tidak kesampaian apabila beliau tersingkir pada suku akhir acara keirin lelaki di Shanghai, China, sebentar tadi.

Kegagalan itu menambah kekecewaan kem negara apabila dua pelumba wanita, Nur Alyssa Mohd Farid dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, turut terkandas dalam acara pecut individu selepas tewas dalam perlumbaan kalah mati.

Azizulhasni yang hadir dengan reputasi sebagai juara keirin Sukan Komanwel dan Sukan Asia gagal mengulangi aksi cemerlang ketika pusingan pertama apabila sekadar menamatkan saringan ketiga suku akhir di tempat terakhir, sekali gus terlepas peluang ke separuh akhir.