Kuantan: Semua sekolah di Pahang beroperasi seperti biasa esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan berikutan situasi jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memaklumkan murid, guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan seluruh warga sekolah digalakkan memakai pelitup muka sepanjang berada di sekolah.

"Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan kesihatan anak-anak boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan memaklumkan kepada pihak sekolah.

"Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing," menurut kenyataan, hari ini.