Putrajaya: Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat pada Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026 di Senegal dari 31 Oktober hingga 13 November ini, dengan badminton dan wushu menjadi sandaran utama kontinjen negara.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, sasaran itu diharap dapat dicapai menerusi prestasi atlet muda negara yang akan bersaing dalam sembilan jenis sukan membabitkan 16 acara.
"Kita menyasarkan satu pingat, mungkin menerusi badminton atau wushu, dan kita berharap mampu mencapai kejayaan itu," katanya ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di sini, hari ini.
Seramai 12 atlet, terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita, akan membawa cabaran Malaysia pada temasya itu yang turut membabitkan olahraga, renang, bola tampar pantai, breakdance, lawan pedang, pelayaran dan papan selaju.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F1312412312312_526005.png&w=480&output=webp&q=85&we)
