SHAH ALAM : Seorang pesara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan bernilai keseluruhan RM3.12 juta, empat tahun lalu.
Profesor Datuk Dr Muhammad Hussin, 64, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Muhammad Hussin didakwa menggunakan kedudukannya sebagai anggota Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) untuk mendapatkan dua kontrak pekerjaan bernilai RM1.2 juta dan RM1.92.
Kontrak berkenaan bagi mengendalikan program Sarjana Pendidikan dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).









