BEIRUT: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) digesa memulakan rundingan mengenai masa depan pasukan pengaman yang ditempat di Lubnan.
Ketua Pengaman PBB, Jean-Pierre Lacroix, berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas bagi syor yang dikemukakan kepada UNSC, ketika Beirut berusaha mendapatkan lanjutan mandat misi itu yang dijadual tamat pada hujung tahun ini.
"Cadangan itu sudah dikemukakan kepada UNSC. Setakat ini, tiada perkembangan di Majlis itu tetapi saya percaya rundingan akan bermula tidak lama lagi secara bersungguh-sungguh.
"Saya fikir keputusan lebih awal adalah lebih baik berbanding menangguhkannya kerana ia juga akan memberikan kepastian kepada kami, khususnya dari sudut perancangan operasi sendiri," katanya.









