KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang aktivis ditahan bagi membantu siasatan kes khianat dengan memecahkan patung selepas menceroboh masuk sebuah kuil di Jalan Klang Lama, di sini, 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Dalam kejadian itu, sebanyak empat patung dilaporkan dipecahkan, namun jumlah kerugian masih dalam siasatan. Kesemua suspek ditahan di Beranang, Selangor Ahad lalu lalu, kira-kira pukul 11 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.