KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pecah empat patung di sebuah kuil di Jalan Klang Lama di sini pada 6 Oktober lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek ditahan di Beranang Selangor, pada jam 11 pagi, 11 Oktober lalu."Polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu, manakala ketiga-tiga individu terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan."Empat patung dilaporkan dipecahkan dalam kejadian itu, namun jumlah kerugian belum dinyatakan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Bagaimananapun, ketiga-tiga individu itu difahamkan telah dibebaskan dengan jamin polis pada Selasa.Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan."Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut," katanya.Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menggesa polis menjalankan siasatan segera dan menyeluruh bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dibawa ke muka pengadilan.
Tamim Dahri, dua lagi ditahan kes pecah empat patung kuil

Key takeaways
Tamim Dahri dan dua individu lain ditahan kerana terlibat dalam kes pecah empat patung di kuil pada 6 Oktober.
- Ketiga-tiga individu ditahan di Beranang Selangor pada 11 Oktober.
- Empat patung dilaporkan dipecahkan, tetapi jumlah kerugian belum dinyatakan.
- Kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Empat jaguh UPM pecah rekod VTF
- Utusan Malaysia Tamim Dahri antara tiga ditahan pecah patung kuil
- Sinar Harian Tamim Dahri, dua lagi ditahan kes pecah empat patung kuil (this story)





