SHAH ALAM – Niat untuk memeriksa baki simpanan menerusi aplikasi perbankan digital bertukar menjadi detik mengejutkan apabila seorang pengguna mendapati akaun bank miliknya menerima wang berjumlah lebih RM1 bilion.Kejadian luar biasa tersebut dikongsi pengguna itu menerusi aplikasi Threads menggunakan akaun Wmfwza selepas mendapati transaksi bernilai RM1,000,315,879 dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya ketika memeriksa ganjaran promosi.Berdasarkan tangkap layar resit transaksi yang dimuat naik, kemasukan wang berkenaan direkodkan sebagai Bank Adjustment bagi kempen ganjaran tunai Merdeka dan Hari Malaysia.Terkejut melihat jumlah luar biasa itu, pemilik akaun berkenaan meluahkan perasaannya menerusi hantaran dalam loghat Sarawak."Begegar nyawa ngga duit dlm acc banyak gilak gia," tulisnya.Bagaimanapun, pengalaman bergelar bilionair itu tidak berpanjangan apabila Wmfwza mengambil keputusan memaklumkan perkara tersebut pada pihak bank.Menerusi perkongsian terbaharunya di Threads, pemilik akaun itu menjelaskan bahawa pihak terlibat sudah membuat pembetulan terhadap jumlah wang yang dipaparkan dalam akaunnya.Malah, dia turut memaklumkan bahawa pihak bank akan memberikan ganjaran sebagai tanda penghargaan atas kejujurannya dengan menghubungi mereka lebih awal bagi memaklumkan perkara berkenaan."Alhamdulillah dah selesai. Bank pun dah 'clearkan amount' ya. Memang silap dari bank."Sebagai tanda terima kasih sebab 'contact' awal sidak (mereka). Daknya(mereka) akan beri reward, just tunggu email," katanya menerusi hantaran tersebut.Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi warganet mengenai pengalaman menjadi bilionair dalam tempoh singkat, selain tertanya-tanya apakah ganjaran yang bakal diterima pengguna berkenaan.
'Terkejut tengok dalam akaun bank masuk wang RM1 bilion'

Key points
- SHAH ALAM – Niat untuk memeriksa baki simpanan menerusi aplikasi perbankan digital bertukar menjadi detik mengejutkan apabila seorang pengguna mendapati akaun bank miliknya menerima wang berjumlah lebih RM1 bilion.
- Kejadian luar biasa tersebut dikongsi pengguna itu menerusi aplikasi Threads menggunakan akaun Wmfwza selepas mendapati transaksi bernilai RM1,000,315,879 dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya ketika memeriksa ganjaran promosi.
- Terkejut melihat jumlah luar biasa itu, pemilik akaun berkenaan meluahkan perasaannya menerusi hantaran dalam loghat Sarawak.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- Muhammad Nabil Alma Azman
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Tak masuk bajet: Siapa pantau syarikat dalam rangkaian kerajaan?
- Malaysiakini (BM) Hilang RM1.99 juta dalam akaun, kerabat diraja Terengganu saman dua bank
- Sinar Harian 'Terkejut tengok dalam akaun bank masuk wang RM1 bilion' (this story)







