PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan rotan terhadap seorang bekas peniaga, atas kesalahan membunuh abang tirinya sebelum menyembunyikan mayat di dalam tong berisi simen.Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Mohamad Zamhuri Azami terhadap sabitan dan hukuman.Panel tersebut juga menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenakan hukuman mati terhadap Mohamad Zamhuri, 31.Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Noorin berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Mohamad Zamhuri itu, hukuman yang memadai dan tidak memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan."Kami juga tidak mendapati asas yang mencukupi untuk menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman mati ataupun 40 tahun penjara, sebagaimana yang dimohon oleh pihak pendakwa raya," katanya.Hakim Noorin berkata, kewujudan kemungkinan berlaku pertengkaran atau pergaduhan antara perayu dengan si mati, tidak secara automatik membuktikan bahawa perbuatan yang menyebabkan kematian si mati dilakukan secara sah di bawah pembelaan hak pertahanan persendirian.Hakim Noorin juga berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan niat berdasarkan keterangan yang dikemukakan dan oleh itu, tiada justifikasi untuk menggantikan sabitan tersebut dengan sabitan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.Pada 13 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mendapati Mohamad Zamhuri bersalah membunuh Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, dan menjatuhkan hukuman 30 tahun dan 12 sebatan.Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Padang Hassan, Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah, pada jam 7.15 malam 6 Mac 2020.Mengikut fakta kes, perayu telah membawa pegawai polis ke tempat di mana si mati disimpan di dalam sebuah tong plastik berwarna biru berisi simen di luar rumah dan pihak polis juga merampas sebilah pisau pemotong daging.Pada prosiding hari ini, peguam Ai Cha Ran berhujah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membunuh abang tirinya, sebaliknya mendakwa si mati menyerangnya ketika berlaku pergaduhan sebelum anak guamnya bertindak atas dasar membela diri.Beliau berkata, keterangan yang ada hanyalah menjurus kepada kesalahan menyebabkan kematian di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin berkata, berdasarkan keterangan ahli patologi, kecederaan pada si mati iaitu luka hirisan yang panjang dan sangat mendalam pada bahagian leher, tidak konsisten dengan senario pergaduhan atau pergelutan yang dicadangkan oleh pihak pembelaan.- Bernama
Bekas peniaga bunuh, simen mayat abang tiri: Mahkamah Rayuan tolak hukuman mati

Key points
- PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan rotan terhadap seorang bekas peniaga, atas kesalahan membunuh abang tirinya sebelum menyembunyikan mayat di dalam tong berisi simen.
- Panel tersebut juga menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenakan hukuman mati terhadap Mohamad Zamhuri, 31.
- Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Noorin berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Mohamad Zamhuri itu, hukuman yang memadai dan tidak memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Suspek kes bunuh abang direman tujuh hari
- Sinar Harian Bekas peniaga bunuh, simen mayat abang tiri: Mahkamah Rayuan tolak hukuman mati (this story)







