KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) kembali menggunakan ketetapan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) yang menetapkan sekolah ditutup serta-merta apabila Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 200.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, berdasarkan PTJK, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan apabila IPU melebihi 100."Dalam menguruskan jerebu, setiap tahap bacaan IPU ada tindakan yang perlu diambil. Kita tidak boleh anggap semua tahap risiko memerlukan tindakan yang sama," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Beliau berkata, ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang keadaan jerebu boleh menjejaskan kesihatan mereka dengan memaklumkan kepada pihak sekolah.Fadhlina berkata, pihaknya memahami bukan semua murid mempunyai keadaan kesihatan yang sama kerana ada yang menghidap asma atau mempunyai masalah pernafasan yang lebih mudah terkesan dengan jerebu.Selain itu, beliau berkata, keputusan kembali kepada ketetapan PTJK dibuat selepas perbincangan dengan agensi berkaitan termasuk mengambil kira pandangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bahawa pengurusan jerebu perlu berpandukan pelan itu.Fadhlina berkata, keputusan terdahulu untuk menutup sekolah apabila IPU masih rendah dibuat untuk berhati-hati terhadap keadaan murid.Beliau berkata, KPM menerima pelbagai pandangan ibu bapa selepas keputusan itu dibuat termasuk permintaan supaya sekolah ditutup selama seminggu, kebimbangan mengenai keciciran pembelajaran serta kesukaran menguruskan penjagaan anak ketika bekerja.Justeru, beliau berkata pihaknya memanggil semua agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk berbincang kerana isu itu melibatkan kesihatan, keadaan udara dan pengurusan bencana yang memerlukan kepakaran mereka.Beliau berkata, KPM bertanggungjawab memastikan murid tidak terus kehilangan masa belajar dengan pengalaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan kesukaran memulihkan pembelajaran yang tertinggal.Fadhlina juga memberi jaminan setiap kebimbangan akan terus didengar dan keputusan akan dibuat dengan merujuk pihak yang mempunyai kepakaran.- Bernama
Jerebu: KPM kembali guna ketetapan PTJK bagi penutupan sekolah - Fadhlina

Key takeaways
KPM kembali guna ketetapan PTJK untuk tutup sekolah jika IPU capai 200, dan hentikan aktiviti luar bilik darjah jika IPU lebih 100.
- KPM guna PTJK untuk tutup sekolah jika IPU 200 dan hentikan aktiviti luar bilik darjah jika IPU lebih 100.
- Ibu bapa boleh tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka terjejas.
- Keputusan dibuat selepas perbincangan dengan agensi berkaitan dan mengambil kira pandangan NADMA.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Sekolah tutup jika IPU cecah 200, KPM kembali guna dasar jerebu sedia ada
- Sinar Harian Jerebu: KPM kembali guna ketetapan PTJK bagi penutupan sekolah - Fadhlina (this story)









