Situasi jerebu dorong sekolah ditutup di beberapa negeri, dengan pengumuman mengenainya dibuat sehari lebih awal. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sekolah-sekolah akan ditutup apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200, manakala semua aktiviti luar bilik darjah mesti dihentikan sekiranya bacaan melebihi 100 susulan ketetapan Kementerian Pendidikan (KPM) yang kembali mengguna pakai dasar jerebu sedia ada.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyambut baik penegasan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bahawa sebarang langkah menangani jerebu perlu berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

"Sehubungan itu, KPM telah memulakan penyelarasan tatacara pengoperasian sekolah berpandukan PTJK,” katanya menerusi hantaran di Facebook.