Zara Qairina Mahathir meninggal dunia di HQE pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya pada awal pagi. (Gambar Facebook)KOTA KINABALU: Tidak wujud golongan yang amat berpengaruh (VVIP), orang kenamaan (VIP) atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lima remaja perempuan dikaitkan dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.
Ketika disoal peguam Ahmad Fikry Jaafar Abdullah, yang mewakili empat remaja dalam kes tersebut, pegawai penyiasat Wong Yew Zhung berkata, perkara itu berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh pihaknya.
Ahmad Fikry: Berdasarkan siasatan Tuan, adakah terdapat kewujudan VIP, VVIP atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pesalah kanak-kanak A, B, C, D dan E?






