Syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas dan Khazanah Nasional, serta dana pelaburan seperti KWAP mengambil komitmen pelaburan utama di bawah Belanjawan 2027.PETALING JAYA: Malaysia memerlukan peraturan tadbir urus jelas menghalang bakal perdana menteri dan menteri kewangan pada masa depan menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menambah bajet nasional, kata dua bekas pemimpin Umno.

Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan, berkata mana-mana pentadbiran mengambil kesempatan daripada ketidakjelasan itu melibatkan Putrajaya dan GLC, walaupun kaedah melaksanakannya berbeza.

"Dan kita bukannya mengatakan bahawa kita ini neoliberal...di mana kita kena jauh dan asing. Tetapi, apakah keseimbangan yang betul? Apakah struktur tadbir urusnya?" soalnya dalam audio siar Keluar Sekejap.