Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia perlu gubal undang-undang jerebu merentas sempadan untuk bertindak ke atas syarikat ladang Malaysia yang membakar hutan membawa jerebu.PETALING JAYA: Bekas menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan Malaysia mengambil sikap 'terlalu lembut' berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang semakin memburuk, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.

Dalam episod terbaharu audio siar Keluar Sekejap, Khairy bagaimanapun mengakui Malaysia perlu berdiplomasi.

"Tapi, saya fikir apabila orang lain cekik anda, anda tidak boleh biarkan mereka terus mencekik. Sekurang-kurangnya tepis tangan mereka atau balas balik. Perkara itu tidak berlaku.

"Saya faham diplomasi, tapi saya sangat kecewa dengan kerajaan kerana tidak sanggup pertahankan kita," katanya.