PETALING JAYA: Bapa kepada Asiah Ahmad Shahir,5, yang maut selepas dirempuh kenderaan dipandu secara melulu di Jalan Kuching, pada Sabtu lalu mahu pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu terbabit.
Ahmad Syahir Mohamad Nor Izam,30, berkata, setakat ini, dia dan isterinya sudah menerima takdir berhubung kehilangan anak mereka.
Namun, mereka berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keadilan ditegakkan.
“Kami serahkan semuanya kepada pihak berkuasa, sudah pasti kami mahu tindakan paling tegas dikenakan terhadap individu berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.









