KUALA LUMPUR - Peguam Negara diwajibkan untuk membuat satu kenyataan media penuh berserta dengan alasan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi kes yang melibatkan ahli politik, penjawat awam JUSA ke atas atau kes yang melibatkan jumlah wang yang besar seperti kes membabitkan amaun melebihi RM1 juta.Menurut Peguam Bela dan Peguam cara, Dr Zulqarnain Lukman, alasan tersebut juga perlu disiarkan di dalam laman web Pejabat Peguam Negara (AGC) supaya ia kekal menjadi bahan rujukan serta lebih penting untuk mengelakkan tohmahan bahawa wujud sistem pilih kasih.Beliau berkata, undang-undang berkaitan DNAA itu telah termaktub di dalam Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah dan ia adalah undang-undang yang sah serta telah diguna pakai semenjak sekian lama.Namun, tegasnya, persoalan yang bermain di fikiran rakyat adalah adakah orang politik boleh mendapat faedah daripada penggunaan seksyen itu kerana faktor mereka akrab dengan pihak yang mempunyai kuasa atau adakah apa-apa tekanan politik yang menyebabkan mereka mendapat DNAA."Jika terlalu ramai ahli politik yang pada mulanya dituduh di Mahkamah dan kemudiannya dilepaskan secara DNAA ini mewujudkan jurang defisit keyakinan (trust deficit) dan ini adalah suatu perkara yang tidak bagus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberikan DNAA di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah seluruh negara, antara 2010 hingga Julai lalu.Azalina menjelaskan, jumlah itu berdasarkan input diterima daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) serta semakan terhadap rekod kes jenayah di mahkamah.Dalam pada itu ujar Zulqarnain, jawapan Azalina itu juga adalah satu jawapan yang tergantung apabila beliau enggan mendedahkan nama siapakah ahli politik yang diberikan DNAA.Katanya, setakat yang dilaporkan adalah dua kes ahli politik yang mendapat manfaat DNAA iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi (2023) dan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kes pengubahan wang haram (2025)."Kedua-dua kes ini mendapat perhatian ramai kerana melibatkan tokoh politik terkemuka dan ini mewajarkan rakyat untuk bertanya sama ada wujud ‘pilih kasih’."Walaupun dinyatakan bahawa seseorang tertuduh yang dikenakan DNAA boleh dituduh balik tetapi amalannya adalah orang tersebut tidak akan dituduh semula," tegasnya. Mengulas lanjut, Zulqarnain berkata, fungsi asal DNAA di bawah Seksyen 254 itu perlu dikembalikan kerana seandainya pendakwa raya berasa bukti tidak cukup, maka mereka boleh melepaskan dan menyambung siasatan.Katanya lagi, setelah siasatan lengkap mereka boleh membuat pertuduhan semula."Begitu juga jika berlaku keadaan yang mana saksi utama sakit, mati atau lari yang boleh menyebabkan pendakwa raya kalah kes, adalah lebih baik untuk pendakwa raya memohon DNAA untuk mengelakkan pembaziran masa dan kos.
19 kes DNAA: AG wajib kemuka alasan supaya tidak ditohmah wujud sistem pilih kasih - Peguam

Key takeaways
Peguam Negara perlu kemukakan alasan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) untuk kes melibatkan ahli politik atau wang besar.
- Peguam Negara diwajibkan buat kenyataan media dan siarkan alasan DNAA di laman web AGC.
- 19 kes DNAA melibatkan 12 ahli politik antara 2010 hingga Julai lalu, menurut Azalina.
- Zulqarnain menyatakan kebimbangan tentang tohmahan sistem pilih kasih dalam penggunaan DNAA.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian 19 kes DNAA: AG wajib kemuka alasan supaya tidak ditohmah wujud sistem pilih kasih - Peguam (this story)








