GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, pihak pendakwaan mengemuka empat alasan utama bagi memohon supaya empat tertuduh dalam kes pembunuhan mangsa buli, T Nhaveen sembilan tahun lalu disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ketika mengemuka hujahan pada peringkat pembelaan.
Katanya, selain itu ada percanggahan di antara pembelaan pada peringkat kes pendakwaan berbanding keterangan dikemuka di peringkat membela diri.
"Menjadi kewajipan tertuduh pertama hingga empat untuk menimbulkan keraguan munasabah berdasarkan pembelaan ditimbulkan semasa siasatan dan di peringkat prima facie.








