KUALA KANGSAR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyerahkan pertikaian berkaitan urusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (PUU) Negeri Sembilan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) serta Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, Peguam Negara meneliti perkara itu dari segi perundangan, biarpun SPA dan SPKP mempunyai kuasa melantik SUK dan PUU.

"Yang itu saya ingat kita perlu rujuk kepada pernyataan yang dibuat oleh Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Negara kerana merekalah yang meneliti semua perkara yang berhubung dengan tadbir urus dan apa jua bentuk perundangan dan implikasinya.